Thursday, 6 April 2017

Some of interior wrapping

Salam sejahtera !

sihat ka semua abang2 adik2 pakcik2 ayah2 kakak2 makcik2 haha

lately ni tempat bro. Mady agak panas lah berkuap kepala ni rasa fuhh! tapi takpe tu satu opportunity yang bagus untuk cari projek! hehe

oh lupa bro nak habaq. Installation buat masa ni bro hold dlu k sebab bro tgh upgrade garage bagi elok sikit.

ha nanti dah siap bro tunjuk gmbar ye. rahsia dlu.

sementara tu, meh nak share hari tu ada buat interior wrapping.

fuh mencabar jugak oh. tapi nak senang satu je tips bro nak bg,

BUKAK BAHAGIAN DALAMAN KERETA TU KEPADA PARTS YANG LEBIH KECIL

lepas tu bawak keluar lepas tu boleh la kita buat keja wrapping kita kan kan

ada yang tanya

"eh mcm mana taknak bagi berkedut masa wrapping tu?"

okay bro rasa rajin nak jawap soalan tu kat sini jugak hari ni hehe
kalau tanya pengalaman bro yang serious setahun jagung ni lah kan!
practice makes perfect tahu tak

mula2 dlu buat kedut jugak lama2 dah dapat pace dia ha tk kedut dah. tapi basically apa yg bro dpt katakan ialah dekat bahagian curve tu korang jangan tarik sangat (kena tarik tp jangan over). sebab bro pernah buat mcm tu. lawa la tgk esoknya tu hah tercabut!

so tarik jgn over sangat tau. and prepare lah heatgun ke.. kalau tkdak guna hairdryer pun boleh untuk kemaskan bahagian curvy tu. amacam? dapat tak tips bro ni? hahah

semoga bermanfaat untuk pembaca semua.

jumpa lagi next post!

- Bro Mady


ni antara part yang bro bukak dari interior kereta untuk proses pasang wrapping hari tu. nak mudahkan kerja kita, nak bagi kemas, orang pun mestilah puas hati kan!


alamak terbalik pulak ke gmbar ni hahah. ni dah siap wrapping pd part yang kita cabut tadi. dah siap pasang pun haa so what say you? hahaha. cun kan? 



ni pun antara yang bro buat wrapping jgk. sorry lighting teruk sikit yang ni. tengah malam dah ni oii hahah.




Okay ke okay (haruslah okay!)

Matte Chrome Red

amacam korang lawa tak warna cmni?


jangan takut. perlu berani untuk sesuatu perubahan yang superb!
ala macam pakai casing dekat handphone lah. ni kita wrapping kereta dengan sticker.

cantik tu of course lah.
cat asal terlindung,
tambah pulak kalau pasang wrapping ni sebenarnya macam protect body kereta kita tau.
ni baru sikit bro tunjuk. nanti ada masa bro pos lagi laju2 hahah.

apa2 boleh cari bro k.

CONTACT US at :
018 469 2770






Saturday, 1 April 2017

project wrapping datang lagi

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Salam 1 Malaysia ! :)

busy sikit bro tak sempat nak ngupdate belog ni. busy apa? busy perkembangkan business alhamdulillah.

Basically bro bertapak ni Taiping, Perak. Jadi siapa2 area berdekatan memang bro boleh pergi atau korang boleh datang kt bro. Harga boleh bincang.

kemain kencang hahah. Tengah cakap pasal project wrapping kereta ni. lama bro menyepi kan. ha busy duk buat kereta, buang macam2..

InsyaAllah jika ada rezeki nak tambah tinted dengan car wash pula lepas ni.
Kita bantu sesama kita berjaya. Tiada yang rugi.

ish tak sabar nak tunjuk gambar. nantika ok!

- bro Mady


Wednesday, 22 March 2017

Very The Important PROJECT

Assalamualaikum

Alhamdulillah rezeki Allah beri pada kita sampai hari ni

apa khabar semua? dah nak puasa ni. prepare dah mental and fizikal? hahaha

dalam seminggu ni sibuk sikit bro uruskan 1 projek kereta. Myvi!

warna cun okay. Matte Chrome Red.

Takde la dalam seminggu dah haha tapi utk kereta ni bro buat slow2 sikit la sebab bro tak berapa sihat.

Baru start sehari la, dalam 30% dah siap ok ah tu kan.

okay2 malas bro nak sembang panjang. nah intai sikit.


ha nah intai2 dulu la bro bagi. hehe. ni bahagian mane cer korang teka? 

nanti kita update lagi k. nantikan matte chrome red merecik punya fuhh! 

Sunday, 19 March 2017

Tips pasang Wrapping Sticker pada kereta

Assalamualaikum,
salam 1 Malaysia !

bersemangat sikittt apa ni lemau je.
come on bros sis semua.

hari ni nak cit cat pasal tips nak pasang wrapping dekat kereta kita. ha mcm mana? boleh main terus lekat je ke macam lekat2 sticker P dkt cermin kereta kita tu? ke ada cara nya? hahah

firstly, of couse korang kena... CERMAT, TELITI DAN SABAR..

sebab macam mana nak pasang dan siapkan satu kereta kalau korang tak teliti dan sabar!

so malam ni Bro Mady nak share sikit pengalaman bro wrapping body kereta ni.. sebenarnya kalau nak senang,

1. ada dua cara. satu kering, satu lagi basah. yang kering ni guna macam sejenis glue tau yang koran boleh dapatkan di kedai2 hardware je. ada tin besar ade tin kecil.

tapi personally, bro suka cara lagi satu. hahahaha. kenapa? sebab bro suka guna apa ada je sekeliling bro. kalau ade mood rajib terlebih baru bro guna teknik nombbor 1 tu. hehehe. okay next !


2. ha korang tau botol spray air tu? ha isi air syampu/air sabun dalam tu. prepare benda alah tu siap2 k. teknik ni macam teknik seni tu.. basah atas kering gitu. haha. apa yang basah apa yang kering? kita basahkan sikit dengan air sabun supaya proses untuk melekatkan stiker tu lebih SENANG... yelah nak wrap 1 kereta, bukan saiz laptop, kereta tu besar oi! haha.. jadi dengan bantuan air sabun ni, melicinkan kerja korang mudah mudahan.

disebabkan favourite bro ialah cara nombor 2. tu so sini kita nak explain lebih guna cara tu kk. hehe.


CARA DAN PERSIAPAN MEMASANG WRAPPING PADA KERETA MENGGUNAKAN DENGAN AIR SABUN.

  • mula2 harus lah ukur setiap bahagian yang kita bakal lekat wrapping sticker tu. contohnya bahagian pintu, bumbung kereta dan lain lain. ketelitian yang tinggi diperlukan dalam step pertama ni.
  • sediakan alat2 untuk melekatkan wrapping pada kereta serta botol spray air berisi air sabun lah tentunya kan.
  • sediakan alat untuk menggosok sticker tu nanti, dan kain lembut untuk kegunaan kemudian.
  • ada hot gun pun okay atau hair dryer sebagai pemanas utk kegunaan dalam proses melekatkan wrapping sticker pada kereta ni!
okay bro tunjuk contoh gambar alatan yang korang perlukan k. lepas ni kita sambung dengan cara / proses nak pasang lebih detail.

ha macam bro guna car wrap magnet ni sebab dekat situ ada mcm getah so protect kereta daripada bercalar masa kita tengah proses wrapping tu.



squeegee ni pun bro suka sebab selesa nak guna utk lekatkan vinyl sticker pada kereta kan. sapu2 cmtu je. jangan lupa ketelitian tu penting! 



haa masa nak lekat sticker wrapping tu, kadang2 risau je kita takut wrapping vinyl yang GLOSSY tu tercalar terkoyak kan. jadi boleh guna hand applicator ni.. best sebab dah sedia ada felt pada hand applicator ni. haha. lagi satu kalau nak kemaskan bucu2 bulat2 kat bahagian kereta tu, ha ni sesuai alatan nii. so ni sesuai kalau untuk GLOSSY and bucu2 k.



ha tadi hand applicator ade felt, yang ni pulak yang biasa.. apa beza? dua2 boleh guna untuk bucu.. cuma yang tadi lebih sesuai untuk kegunaan vinyl yang glossy. yang ni yang TIDAK GLOSSY ye uolls. haha.



ha yang ni bro suka. nak lekat kan tu kan guna je roller ni! korang nampak mcm plastik mcm function ke benda ni kan. serious bro suka sebab benda ni daripada getah tau so mmg applicable sangat2.



hah wrap cut ni untuk apa? haa korang jangan guna gunting ke pisau lipat ke pulak nak potong wrapping sticker tu. haha. guna lah wrap cut ni ye. sangat bagus alatan yang disediakan... 




baik sekarang kita cerita macam manaaa nak pasang
eh lekat wrapping sticker pada kereta dengan mudah guna air sabun !








Saturday, 18 March 2017

Jom Wrapping Kereta dgn Sticker Vinyl !

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Haa. Bersua lagi kita. Hari ni bro nak potpet pasal bestnya guna body wrapping kereta ni.
Oh nak cerita ni, beratur dah tau nak tinted dengan bro Mady. Kata mereka, best sebab bro boleh pergi rumah untuk installation, and harga lebih berpatutan !


Ok ! kenapa korang suka body wrapping untuk kereta ni? Haaa. Peminat2 kereta, tentulah sebab nak kereta Nampak smart kan, ditambah pula kos yang lebih rendah berbanding cat baru ! dah la cmtu, cat lama boleh kekal lg pulak tu walaupun dah pasang wrapping warna lain ! ini benar benar best. Hehe. Berdasarkan apa yang bro tanya sana sini, ada dua jawapan majority bro jumpa baik lelaki ataupun perempuan.

“nak tukar kaler kereta, tapi sayang cat lama…”

..”nak jugak rasa warna lain, tp tak berani nak cat baru nanti rindu cat lama”

“mahal la bro kalau cat, kalau wrapping rendah sikit kos, boleh tukar2 atau dpt balik cat asal”

“mestila taknak cat, mahai, dah la mahai, cat lama tak kekal, wrapping boleh jd mcm screenprotector telefon tuu hehe”


Ha  Nampak taka pa jawapan majority orang. Haha. And and adaa jugak yang tukar2 warna kereta sebab memang hobi! Hehe.. yang ni memang pengguna body wrapping setialah.

Apa? Nak tengok gambar yang dah buat? Ha kejap kejap. Adaaa. Tapi mcm rahsia sikit. Haha. Bro nak tunjuk yang atas tu je dlu hari ni, nak bagi korang baca apa jwpn orang bila bro suruh pilih nak cat baru ke nak body wrap..

Stay tuned dgn bro okay, nanti sampai stock baru bro tunjuk demo  sikit kat korang cara nak pasang/tanggalkan body wrapping kat kereta k.

nak tunjuk kat korang wrapping myvi warna merah, tapi nanti duluuu!!

nah sneak peak bro saja buat body wrapping vinyl tu dekat beg.

cun ok!



ha ni keadaan beg sebelum test letak wrapping viyl kereta tu! nampak terkeluar dah plastik dia kan jd mcm nak repair sikit kasi cun..





taraa. siap. amacam cun tak! hehe



- bro Mady

Thursday, 16 March 2017

Wrapping Kereta Vs Cat Kereta. Mana satu pilihan korang?

Best ke balut kereta ni? Ke cat kereta lagi best? Apa beza balut dengan cat kereta?

Selalu kita tengok kereta mewah mcm BMW, Nissan GTR warna matte hitam smart habis kannn. Macam dalam cerita Batman tuuu.

Dulu2 zaman noob ingat kereta tu cat dengan matte hitam, rupanyaaaa bukan cat tapi guna stiker vinyl! Fuhhhh merecikkk bhai. Teringin gak nak buat warna cantik2 dekat kereta sendiri kan. Tak semestinya dekat kereta bmw, Nissan GTR je kann. Myvi, persona pun boleh!

Aktiviti wrapping kereta cenggini dah lama kalau kat oversea tuu, Cuma kita2 dekat Malaysia ni masih belum jadi viral. Tapi makin dapat perhatian peminat2 kereta sekarang!

Selalu orang tanya bro berapa kos cat kereta? Berapa pulak kos balut 1 kereta ni? Haaa meh sini nak bgtahu sikit. Kalau untuk kereta biasa2 mcm myvi kan, untuk proses mengecat boleh menelan belanja RM4000 – RM40000 ke atas !! bergantung pada kualiti dan warna yang korang nak. Pada masa yang sama, wrapping SATU BADAN KERETA seperti myvi hanya menelan belanja sekitar RM1500 hingga RM12000 sahaja bergantung kepada kualiti, jenis dan warna pilihan. Banyak beza bukan? Ni buat bro lagi geram ni. Harga yang diberi untuk wrapping kereta dengan banyak perbezaan ketara ini juga banyak memberi kelebihan lain yang tidak mampu diperolehi dengan mengecat. Cat murah mungkin Nampak cantik pada awalnya, tapiiii dalam jangka masa beberapa lama kemudian, kereta yang telah di cat oleh cat murah akan kelihatan hodoh dan perlu dicat semua. Sekaligus menggandakan kos anda! Ini berbeza dengan wrapping (membalut) kereta anda yang mana jauhhhh lebih ekonomi berbanding mengecat nya dgn cat baru. Pada zaman sekarang, tentunya sesuatu yang ekonomi menjadi pilihan bukan? 😉

 Ini bro senaraikan antara kebaikan dalam wrapping kereta berbanding mengecat.

1. MANA LAGI JIMAT BELANJA ?
: haaa mcm tadi dah gitau kt atas dua2 cat dengan wrapping ni jauh bezaa. Sendiri mau ingatlah kalian. Hehe. Kalau kita pasang wrapping vinyl berkualiti tinggi, kita takyah susah2 dah nak fikir warna akan pudar ke ape ke nanti! Dah la wrapping lebih rendah kos berbanding cat. Kan? Betul ke betul? Haha..

2. HARGA JUALAN SEMULA? Ape tu? : haa cuba korang fikir. Kalau cat lain, habis lah lenyap warna cat asal. Betul tak? Tapii, kalau pasang vinyl, tanpa perlu risau cat asal kereta daripada syarikat pembuat kereta tu dapat dikekalkan! Jadi, ini merupakan kelebihan buat kita sbg pemilik kereta! Kenapa? Haihhh haha tanya lagi? Sebab kalau kita nak jual kereta nanti, kita boleh pilih nak guna cat asal atau nak biar vinyl tu tanpa perlu risau utk pilihan mana2 pun sbb pelekat vinyl boleh ditanggalkan TANPA MEROSAKKAN cat asal ok! Haa jangan ingat takde impak apa2 pulak, sebab cat asal yang dijaga akan bagi kesan kepada harga resale kereta korang tau!

3. BOLEH RAMBANG MATA PILIH WARNA ! : hah kalau cat, terhad sikit warna nya and takkan nak tukar tiap2 musim raya ye tak menangis tk berlagu nanti duit poket kosong tukar cat kereta tiap2 tahun hahaha. TAPI, dengan vinyl wrap ni, nak tukar beberapa tahun sekali boleh, nak pakai lama2 pun boleh takde masalah! Sebab kos tak tinggi, and pilihan warna banyakk! Nk jenis apa? Glossy? Matte? Diamond? Hah semua ada habaq je kat bro ada2 belaka. Nak pembalut vinyl saja nak bawak balik rumah nak lekat kt kereta sendiri, bolehh.. nak bro pasangkan pun boleh! Hehe.

4. JIMAT MASA KE? : haaa kalau korang nak tahu.. nak cat kereta tu bukan sekejap2 sehari dua hari tau! Ingat senang nak cat? Kena teliti hokayy. Lagi2 kalau kereta mewah. Perghh. Silap2 ambik masa 2 minggu bhai. Boleh mereput hujan panas rindukan kereta hahaha. Kalau wrapping lak bro? haa bagus soalan tu.. kalau wrapping, nak sehari boleh tapi cas lebih sikit hehe. Kurang2 dua hari. Okay la tu kan daripada dua minggu kau gigit jari hari2 naik bas g keje! Hehe.

5. PROTECTION : almaklumlah.. kalau cat mahal2 tapi Malaysia ni hujan panas ribut banjir kan nanti kejap je dah rosak cat sayangg bro. kalau guna wrapping vinyl ni senang sikit, usaha kita tu nak lindungi kereta tuu hehe. Lindungi cat kereta! Jadi, jangka hayat cat kereta lebih panjang dgn adanya vinyl wrap ni.. kau jangan ingt vinyl wrap ni guna kertas mcm kertas balut hadiah tu! Silappp. Bahan dia tahan k. tahan lasakk. Takkan nak tgk je perempuan2 pakai protection krim dkt muka nak lindung dari matahari? Lelaki pun kena lindung kereta k dari uv! Hahahah

6. MACAM MANA NAK JAGA? : senang je nak jaga. Takyah risau2 nak ‘wax’ kan tiap2 tahun nak balik kampong sebabbb kalau kereta korang wrap, korang lap je, basuh2 dengan sabun, air haaa berkilau mata hahaha. Ada jugak yang guna kain microfiber nak hilangkan kotor2 degil tu kann. Cuba korang fikir, 7 tahun korang takyah fikir nak wax kereta! Jimat banyak dah tuu.

7. TAHAN LAMA : macam yang bro bagitahu tadi, vinyl ni boleh tahan 7 tahun ke atas. Contoh bro bagi vinyl berkualiti macam 3M, Oracal dan Mactac. Walaupun selepas 8 tahun, vinyl kat kereta korang tu boleh ditanggalkan tanpa merosakkan pun cat kereta asal korang. Jangan risau k! Macam2 kualiti dan harga yang korang boleh dapatkan untuk wrapping kereta ni, boleh tgk bajet semua. Hehe. Nanti bro update lagi k! -Bro. Mady
 #MadyWrapMalaysia #wrappingCarMalaysia #vinylwrappingcarMalaysia #penjagaancatkereta

Sunday, 12 March 2017

VINYL CAR WRAP

Assalamualaikum sedagher semua.dh lame teman nak Kabo nie.mai usha pembalut Stiker vinyl nie..mmg mercikk kebaboom💦💦💦 

🌈Pembalut stiker vinyl berwarna untuk kereta anda.🌈😘💦
🌈boleh pasang di coverset motor anda jugak🌈😘💦

Senang di lekatkan, dan masih melindungi dan menjaga cat asal kereta anda!
Penjagaan yang betul boleh sampai 3-5 tahun ke ats...perghhh!!!

Antara jenama yang kami sediakan :

Oracal 970
Teckwrap USA
High Quality Imported Vinyl Wrap

Di bawah juga kami nyatakan jenis-jenis vinyl kami :

Chrome
Matte chrome
Matte
Metallic
Candy
Brushed
Pearl
Chameleon
Diamond
3D, 4D dan 5D real carbon
Gloss
High gloss
Roof film
Clear protection film
Chrome pearl
Rainbow chrome

HUBUNGI KAMI UNTUK TAHU LEBIH LANJUT MENGENAI JENIS JENIS VINYL

*Maklumat Penting*
1. Kami tidak menyediakan proses pemasangan.
2. Harga adalah termasuk cas 'shipping'
3. Untuk penghantaran vinyl akan mengambil masa 5 - 7 hari bekerja.
4. Sebanyak 80% bayaran pendahuluan harus dibayar terlebih dahulu untuk pemprosesan pesanan. Baki bayaran boleh dilakukan setelah barang sampai.

🌈TECKWRAP USA⬇️⬇️⬇️🌈
🌈HARGA DARI RM1700-RM3800🌈
🌈HARGA IKUT JENIS VINYL🌈

HUBUNGI/SMS/WS kami sekarang!
MADYWRAPSUPPLIER 0184692770
MADYWRAPSUPPLIER 0184692770
MADYWRAPSUPPLIER 0184692770

FB: Faris Hokaido
IG: madwrap_supplier
FB PAGE: madywrapsupplier 
INGAT STIKER INGAT MADYWRAP!!!



















PROFESSIONAL CAR WRAP TOOLS


Nak Kereta anda Lebih menarik mercik kebaboom 🌈💦💥? Atau mempunyai idaman membuka sendiri garage khas untuk servis stiker kereta?

Kami mempunyai Alatan Professional untuk melekatkan stiker pada kereta anda! 

KAMI JUGA MENCARI DEALER DAN AGENT !
Kami mengalu alukan kepada sesiapa yang ingin mengedarkan, menjual, menjadi agen atau ingin membuka kedai stiker kereta sendiri!

Jadikan INI SEBAGAI KERJA PART TIME ANDA SEKARANG !
peluang mendapat untung besar dengan kerja separuh masa membalut stiker pada kereta ! Kami menyediakan barangan untuk anda !

1. Squeegee RM15
2. Squeegee With felt RM35
3. Felt squeegee RM35
4. Magnet RM 35
5. Small Roller RM30
6. Big Roller RM35
7. Wrapcut Pro RM140
8. Heat Gun 1600W RM150
9. Heat Gun 2000W RM190

 ðŸŒˆPRICE INCLUDE SHIPPING COSTS🌈

HUBUNGI/SMS/WS kami sekarang!
MADYWRAPSUPPLIER 0184692770
MADYWRAPSUPPLIER 0184692770
MADYWRAPSUPPLIER 0184692770

FB: Faris Hokaido
IG: madwrap_supplier
FB PAGE: madywrapsupplier 

💥INGAT STIKER INGAT MADYWRAP💥

LIKE -jika bermanfaat untuk anda
SHARE -jika ingin beri Manfaat pada org lain

Terima Kasih kerana memilih MadyWrapSupplier 🌈