Thursday, 16 March 2017

Wrapping Kereta Vs Cat Kereta. Mana satu pilihan korang?

Best ke balut kereta ni? Ke cat kereta lagi best? Apa beza balut dengan cat kereta?

Selalu kita tengok kereta mewah mcm BMW, Nissan GTR warna matte hitam smart habis kannn. Macam dalam cerita Batman tuuu.

Dulu2 zaman noob ingat kereta tu cat dengan matte hitam, rupanyaaaa bukan cat tapi guna stiker vinyl! Fuhhhh merecikkk bhai. Teringin gak nak buat warna cantik2 dekat kereta sendiri kan. Tak semestinya dekat kereta bmw, Nissan GTR je kann. Myvi, persona pun boleh!

Aktiviti wrapping kereta cenggini dah lama kalau kat oversea tuu, Cuma kita2 dekat Malaysia ni masih belum jadi viral. Tapi makin dapat perhatian peminat2 kereta sekarang!

Selalu orang tanya bro berapa kos cat kereta? Berapa pulak kos balut 1 kereta ni? Haaa meh sini nak bgtahu sikit. Kalau untuk kereta biasa2 mcm myvi kan, untuk proses mengecat boleh menelan belanja RM4000 – RM40000 ke atas !! bergantung pada kualiti dan warna yang korang nak. Pada masa yang sama, wrapping SATU BADAN KERETA seperti myvi hanya menelan belanja sekitar RM1500 hingga RM12000 sahaja bergantung kepada kualiti, jenis dan warna pilihan. Banyak beza bukan? Ni buat bro lagi geram ni. Harga yang diberi untuk wrapping kereta dengan banyak perbezaan ketara ini juga banyak memberi kelebihan lain yang tidak mampu diperolehi dengan mengecat. Cat murah mungkin Nampak cantik pada awalnya, tapiiii dalam jangka masa beberapa lama kemudian, kereta yang telah di cat oleh cat murah akan kelihatan hodoh dan perlu dicat semua. Sekaligus menggandakan kos anda! Ini berbeza dengan wrapping (membalut) kereta anda yang mana jauhhhh lebih ekonomi berbanding mengecat nya dgn cat baru. Pada zaman sekarang, tentunya sesuatu yang ekonomi menjadi pilihan bukan? πŸ˜‰

 Ini bro senaraikan antara kebaikan dalam wrapping kereta berbanding mengecat.

1. MANA LAGI JIMAT BELANJA ?
: haaa mcm tadi dah gitau kt atas dua2 cat dengan wrapping ni jauh bezaa. Sendiri mau ingatlah kalian. Hehe. Kalau kita pasang wrapping vinyl berkualiti tinggi, kita takyah susah2 dah nak fikir warna akan pudar ke ape ke nanti! Dah la wrapping lebih rendah kos berbanding cat. Kan? Betul ke betul? Haha..

2. HARGA JUALAN SEMULA? Ape tu? : haa cuba korang fikir. Kalau cat lain, habis lah lenyap warna cat asal. Betul tak? Tapii, kalau pasang vinyl, tanpa perlu risau cat asal kereta daripada syarikat pembuat kereta tu dapat dikekalkan! Jadi, ini merupakan kelebihan buat kita sbg pemilik kereta! Kenapa? Haihhh haha tanya lagi? Sebab kalau kita nak jual kereta nanti, kita boleh pilih nak guna cat asal atau nak biar vinyl tu tanpa perlu risau utk pilihan mana2 pun sbb pelekat vinyl boleh ditanggalkan TANPA MEROSAKKAN cat asal ok! Haa jangan ingat takde impak apa2 pulak, sebab cat asal yang dijaga akan bagi kesan kepada harga resale kereta korang tau!

3. BOLEH RAMBANG MATA PILIH WARNA ! : hah kalau cat, terhad sikit warna nya and takkan nak tukar tiap2 musim raya ye tak menangis tk berlagu nanti duit poket kosong tukar cat kereta tiap2 tahun hahaha. TAPI, dengan vinyl wrap ni, nak tukar beberapa tahun sekali boleh, nak pakai lama2 pun boleh takde masalah! Sebab kos tak tinggi, and pilihan warna banyakk! Nk jenis apa? Glossy? Matte? Diamond? Hah semua ada habaq je kat bro ada2 belaka. Nak pembalut vinyl saja nak bawak balik rumah nak lekat kt kereta sendiri, bolehh.. nak bro pasangkan pun boleh! Hehe.

4. JIMAT MASA KE? : haaa kalau korang nak tahu.. nak cat kereta tu bukan sekejap2 sehari dua hari tau! Ingat senang nak cat? Kena teliti hokayy. Lagi2 kalau kereta mewah. Perghh. Silap2 ambik masa 2 minggu bhai. Boleh mereput hujan panas rindukan kereta hahaha. Kalau wrapping lak bro? haa bagus soalan tu.. kalau wrapping, nak sehari boleh tapi cas lebih sikit hehe. Kurang2 dua hari. Okay la tu kan daripada dua minggu kau gigit jari hari2 naik bas g keje! Hehe.

5. PROTECTION : almaklumlah.. kalau cat mahal2 tapi Malaysia ni hujan panas ribut banjir kan nanti kejap je dah rosak cat sayangg bro. kalau guna wrapping vinyl ni senang sikit, usaha kita tu nak lindungi kereta tuu hehe. Lindungi cat kereta! Jadi, jangka hayat cat kereta lebih panjang dgn adanya vinyl wrap ni.. kau jangan ingt vinyl wrap ni guna kertas mcm kertas balut hadiah tu! Silappp. Bahan dia tahan k. tahan lasakk. Takkan nak tgk je perempuan2 pakai protection krim dkt muka nak lindung dari matahari? Lelaki pun kena lindung kereta k dari uv! Hahahah

6. MACAM MANA NAK JAGA? : senang je nak jaga. Takyah risau2 nak ‘wax’ kan tiap2 tahun nak balik kampong sebabbb kalau kereta korang wrap, korang lap je, basuh2 dengan sabun, air haaa berkilau mata hahaha. Ada jugak yang guna kain microfiber nak hilangkan kotor2 degil tu kann. Cuba korang fikir, 7 tahun korang takyah fikir nak wax kereta! Jimat banyak dah tuu.

7. TAHAN LAMA : macam yang bro bagitahu tadi, vinyl ni boleh tahan 7 tahun ke atas. Contoh bro bagi vinyl berkualiti macam 3M, Oracal dan Mactac. Walaupun selepas 8 tahun, vinyl kat kereta korang tu boleh ditanggalkan tanpa merosakkan pun cat kereta asal korang. Jangan risau k! Macam2 kualiti dan harga yang korang boleh dapatkan untuk wrapping kereta ni, boleh tgk bajet semua. Hehe. Nanti bro update lagi k! -Bro. Mady
 #MadyWrapMalaysia #wrappingCarMalaysia #vinylwrappingcarMalaysia #penjagaancatkereta

28 comments:

  1. salam tuan.. sy nk tanya,,sbb sy ad jmpe kt forum die ckp cmni
    say no to wrap/stiker...lepas setahun pakai nti tengok la, mengelumbung sana sini, lagi buruk jadiny ...
    boleh x tuan explain kn.. tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tuan,kebiasaan kedai2 sticker akan ade bagi waranty,incase jadi mcm tu,boleh dtg balik utk touchup so xde masalah,yg masalahnye kadang2 customer biarkan buat xtau so benda tu nmpk teruk,

      Delete
  2. kalau hari hari jemur bawah matahari ... tu wrap x kembung ker?

    ReplyDelete
  3. Harga wrap untuk viva berape..

    ReplyDelete
  4. KERETA SAYA CAT MMG DAH TERUK...SAYA INGT TAK NAK CAT..SAYA NK WRAP SAHAJA BOLEH KE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya boleh je.Tapi kena tampal semua yg lekuk tak rata mcm buat cat biasa.Jenis lama yg ada 3D 4D guna gam.Jenis ni tak elok sebab senang terkopek dan bila ditanggalkan cat ori akan rosak sebab ada gam.Yg ni plastik nipis nak lekat guna mcm dryer rambut.Glossy lagi cantik.Jgn lupa register JPJ kalau tukar color lain

      Delete
  5. WRAP UNTUK CRV BERAPA COST?? FULL BODY..
    TOLONG BG CADANGAN WRAP JENIS APA YANG ELOK. TQ

    ReplyDelete
  6. WRAP UNTUK Nissan Frontier BERAPA COST?? FULL BODY..
    TOLONG BG CADANGAN WRAP JENIS APA YANG ELOK. TQ

    ReplyDelete
  7. Utk wrap kelisa luar dalam berapa? Wrap ni ada berapa jenis?

    ReplyDelete
  8. Honda CR-V wrap full body bpe meter?

    ReplyDelete
  9. hi wrap bmw 320i m sport berapa

    ReplyDelete
  10. Wrap utk proton persona model lama brapa ya?

    ReplyDelete
  11. Untuk full body nissan latio berapa cost ye

    ReplyDelete
  12. Kos utk wrap vitara 2 pintu berapa ya

    ReplyDelete
  13. Hai admin...boleh saya tahu berapa harga utk full wrap axia?

    ReplyDelete
  14. Berapa kos utk full wrap toyota wish..

    ReplyDelete
  15. Bila ditanya pasal kos utk wrap terus je admin senyap. Baik xyah promote apa2 kat sini πŸ–•πŸΏπŸ–•πŸΏπŸ–•πŸΏ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabarlah wahai saudara.. Admin bukan pakar, dia bgtau sja. Info lnjut kna research di kedai wrap tu sendri... Sabar ya.. InsyaAllah jawapan yg dpt di kedai wrap nt lbh berpuas hati..

      Delete
  16. Nak tau kos wrap kena la tanya kedai wrap. Hrg takkan sama sbb melibatkan kualiti jenis vinyl dan kadar touch up pd body. Lain kedai lain pula harga material dan labour cost. Admin tu hanya kongsi info sal wrap vs cat je tu huhu tak memasal admin kena

    ReplyDelete
  17. Hi.. nak tanya kalau kereta Honda city berapa Rm?

    ReplyDelete
  18. Tapi memang tak paham la, mcm nmpk pembalut hadiah kaler silau2 tu..

    ReplyDelete